Wednesday, December 23, 2009

Trip memancing Nelayan old style di Takat Kinambak

TAKAT KINAMBAK (TUKUN BATU) KUALA PENYU
Ikan yang berjaya dinaikan pada hari Pertama,diantaranya ialah ikan Sulit,Umpak,Anduping (Bual),Temanung,Buna dan Pisang2

Hasil Hari Ke-2 di Lokasi yang sama,antara spesis yang di naikan,Ikan Surui,Ikan Temanung gread A,tamban,Sulit,Kerapu


Hari Ke-3 Ikan Sulit sahaja berjaya dinaikan sehingga penuh tong sederhana yang kami bawa

Antara spesis ikan yang berjaya dinaikan dan ikan ini diberi panggilan oleh orang tempatan kaum brunei ialah ikan Kasau-Kasau


Ini pula spesis ikan Sulit yang mendiami batu menunggul ataupun takat yang berbatu,tapi bukan senang untuk memancing ikan ini kerana anda mestilah mengetahui faktor arus air,kekeruhan air,Tangsi yang digunakan serta umpan yang ngam untuk spesis ikan ini.saranan untuk memancing ikan jenis ini ialah melalui faktor tangsi kerana jika nda memakai tangsi yang atas 20lb,ikan ini tidak akan memankan umpan anda,saya sendiri menggukan tangsi berkekuatan hanya 10lb untuk mendapat sambaran ikan ini.umpan yang kami pakai ialah (BUBUK) dan spesis ini boleh besar sebesar pendayung dan juga kerap memutuskan tali apabila sang pendayung ini melarikan pancing anda.






Trip Memancing di Sawangan Kuala Penyu

diantara geng2 Huntez Angler yang turun padang

Fad sempat singgah di sungai binsuluk untuk melakukan sesi casting


setibanya di kuala penyu kami semua singgah untuk mengisi perut di kedai Fisherman ni,memang mablous..

Apak (kiri) Fad (kanan) diantara orang2 yang merancang trip kali ini

setibanya kami di sana,memang sudah ramai yang memancing,maklumlah cuti sekolah katakan

Jambatan sawangan yang panjang dan jauh,sakit juga kaki mo bejalan ulang alik kedaratan.


saudara apak kita sibuk membetulkan ikan pancing beliau kerana putus disambar ikan besar tapi tidak di ketahui apa spesis ikan berkenaan.















Trip casting di Kolam Terbiar (KP)

saiz ikan selunsung ini tidak lah sebesar mana tapi siuk dilayan dengan mengunakan kekili ringan
selunsung yang disangka ungah dalam kolam terbiar


memang banyak selunsung yang tewas dengan rapala Green rap keluaran bakau ini,tapi saiznya hanyalah sederhana sahaja.

diantara spesis2 ikan yang menghuni kolam terbiar berkenaan.



saiz ungah ini juga amat memeranjatkan.
Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada sahabat2 dan juga pengunjung2 huntez anglers blogger ini..kali ini saya melakukan ujian ringan casting di kolam terbiar yang berdekatan dengan area Kuala penyu.sebenarnya tujuan saya pada pagi itu hanyalah ingin melayan ikan "Jalak" & "Badus" kerana melihat kolam itu penuh dengan deburan ikan2 mega didalamnya,tidak sampai 10 kali buangan dengan menggunakan set pancing ringan dan juga rapala Green rap iaitu keluar BAKAU saya mendapat 1 sambaran lengkap yang pada mulanya saya sangkakan ikan badus atau jalak..sebaik sahaja ikan berkenaan tewas dalam masa lebih kurang 2 minit,saya terkejut ikan yang saya daratkan adalah anak ikan selunsung yang beratnya hnya sekilo sahaja.lalu saya terus merasa air kolam itu dan mendapati air itu masin.dan saya dengan gembira dan tenang melontarkan sekali lagi rapala green Rap saya itu kedalam kolam..dan hanya sekali cast sahaja saya mendapat lagi sambaran daripada ikan yang sama,hmpir 5 ekor selunsung dan juga 3 lagi ikan ungah berjaya didaratkan.saya berfikir perlulah saya lepaskan anak selunsung berkenaan dan membiarkan ia besar di dalam kolam berkenaan dan hanya seekor selunsung yang bleh pakai sahaja saya bawa pulang.





Sunday, November 8, 2009

Trip: Casting di Sutera Habour


Brother Amplur dari Ombak Biru


Brother Amplur dan juga bro blended member forum huntez anglers


bro Amplur dan juga Admin Ombak Biru


Hardy Sahabat kita dari Tuyan Anglers


Pemandangan SUtera HAbour menjadi tumpuan FIrst Meet kami tuk sesi Casting

Kali ini saya di jemput oleh bro hardy kita dari tuyan anglers untuk turun padang casting bersama anglers2 lain di sabah bertempat di sutera habour.pertemuan kami pada jam 6.30 di lokasi seperti yang di berikan oleh bro hardy melalui text pesanan ringkas "sms"..kami mula berkenalan dengan bro amplur kita dari Ombak biru anglers dan juga saudara blended kita iaitu pengunjung forum huntez anglers yang meminati teknik casting.seterusnya kami juga dapat berjumpa dengan admin ataupun Otai ombak biru anglers,selama hampir 2 jam megasting,hanya mendapat aksi kejar mengejar rapala yang kami hulurkan tapi ikanya tidak menyambar gewang yang kami hidangkan,mungkin disebabkan airnya yang terlalu jernih.

Trip Sg.Bolong With Tuyan Anglers



Pisang mendapat lesen pertama pada malam tersebut dengan ikan gelama


Brother ni dapat menaikan bulan2 First dengan teknik bottom


Saiz bulan2 adakalanya gadang ada yang sederhana


Omar dengan lesen bulan2 nya

Sekali lagi brother (tuyan Anglers) kita ni menaikan bulan2 bersaiz gadang


Strike Again bulan2 makan bottom??? pelik tau..


Ikan gelama adalah lesen yang solo untuk brother ni

Assalamualaikum kepada sahabat2 sepejuangan..
Kali ni kami turun kepadang dengan keadaan yang tanpa dirancang dan secara kebetulan pula crew2 Tuyan Anglers dan para sahabatnya secara kebetulan ingin memancing di lokasi yang sama dengan lokasi tujuan kami pada malam berkenaan.nda sampai 20 minit kami berada dilokasi sahabat2 kita dari tuyan anglers pun tiba.malam tu memang kurang galak ikan2 target kami seperti Gelama dan spesis2 lain mematuk.tiba2 kami dikejutkan dengan tarikan ganas yang mengenai pancing saudara Omai kita (huntez Anglers) dengan hasilnya Bulan2 bersaiz sederhana..Selang beberapa minit brother kita plak dari (tuyan ANglers) mendapat sambaran lengkap iaitu bulan2 juga tapi kali ini bulan2nya bersaiz agak kasar sedikit,saya dengan bro Hardy tertanya2 juga malam tu,pelik juga bila ikan bulan2 makan umpan yang digunakan untuk pancing dasar...kami terus dikejutkan dengan tarikan bulan2 yang semakit riak menyambar umpan pada malam tersebut sehiggalah jam 4,akhirnya kami semua sepakat untuk mengundur diri memandangkan ikan di sungai itu kurang memberikan respon.

Friday, October 2, 2009

Trip Memancing Aidilfitri (Membakut)


TRIP BEJAUL DI TAKAT BUATAN SENDIRI RAYA KE 3

Pemandangan sungai binsuluk

Ikan Buna juga berjaya dinaikan


Hasil kami bertiga yang memancing hanya beberapa jam sahaja


TRIP BERSAMA HUNTEZ CREW RAYA KE 7


Crew2 yang sudi turun ke kampung binsuluk iaitu Fad dan adan


Suasana di atas bot ketika hari masih belum berangin lagi


Sesi troling juga turut dilakukan


Along dengan ikan suruinya


Hasil pertama dari along


Kesibukan crew2 melayan karenah ikan pisang2 time tu..


Fad nampak tenang melayan ikan pisang2 dari sudut kanan


Akhirnya ikan yang ditunggu2 iaitu ikan Pohon (Merah) berjaya dinaikan


Ikan Merah Spesis ikan yang memang bekawan jika makan


Adan juga tidak ketingalan menaikan ikan kerapu


Ikan kerapu kedua dari adan

Saturday, September 5, 2009

Trip Sg.Binsuluk (Bulan Ramadhan)

SEMALAMAN DI SG.BINSULUK


Huntez Anglerz Crew


Keriangan mereka yang telah berjaga semalaman


Menanti Detik2 sambaran ikan di muara sungai binsuluk


Masing2 menunggu gentuan penghuni sungai ini


Mr Roy @ Pirit's berjaya mendaratkan ungah


Pisang hanya berjaya menaikan anak ikan selunsung