Kongsikan Pengalaman Anda

Kepada teman-teman yang ingin kongsikan pengalaman beserta gambar anda amatlah dialu-alukan bagi memeriahkan lagi serta mengeratkan silaturahim sesama kita,anda bolehlah menghantar email kepada editor blog ini di alamat Email: huntez.admin@gmail.com

1) Picture (gambar) anda bersama hasil tangkapan
2) Lokasi anda memancing beserta tarikh
3) Peralatan yang digunakan
4) Cerita ringkas mengenai Trip memancing anda

Ruang Laporan Memancing

Ruang Laporan Memancing
Fishing Zone

Sunday, July 12, 2009

Gerakan Pulau 3 Sesi Ribut Melanda

Pemandangan cuaca pada waktu pagi


Adan dan omai duduk di bahagian hadapan perahu


Fad,tekong dan juga pisang pula duduk di bahagian blakang perahu


ni ranger mana lagi ni..


Tekong kita ALONG juga salah seorang huntez crew


Omai tersenyum gembira sewaktu perjalanan kelaut


Fad

Pisang melakukan sesi troling di sekitar perairan pulau 3


Fad dan pisang merenung kelangit melihat perubahan cuaca yang agak membimbangkan


Asyik menaikan ikan merah,memang makan habis masa tu


Fad dan Pisang Menunjukan Hasil untuk Sesi sebelah pagi sebelum ribut melanda

Ikan merah,ikan yang jarang2 ada bila musim berangin


Ikan yang berjaya didaratkan oleh crew huntez dalam masa 20 minit sahaja


hasil keseluruhan crew huntez anglers sehari semalam walaupun angin agak kecang ketika itu namun misi diteruskan di area pulau 3,samapi nda sempat snapshot time dipulau tu.


Ikan tawih juga menjadi mangsa poping saudara Fad kita

Assalamualaikum kepada semua sahabat2..

Kali ini crew huntez membuat "sesi gegar lubuk" untuk kali ke 2 di area kepulauan 3..sebenarnya planing ni tidak dijangkakan oleh kami akan berlaku,tetapi apabila isu ini dikemukakan,crew2 huntez bersetuju tanpa sebarang bantahan,trip di atur,perjalanan di buat pada petang 10.7.2009.setibanya kami dilokasi tepat jam 8 mlm,saya terus berunding dengan abg saya (along) untuk turun memancing di pulau 3 pagi esok,abg saya pun terus memberikan jawapan "Ya" kepada kami semua.memang malam tu sibuk membuat persediaan pancing la untuk turun kelaut,jam 6 pagi kami turun kelaut dan kami tiba di lokasi pertama tepat jam 7.mau sejam juga perjalanan keluar.setibanya kami di lokasi tukun pertama,umpan dilabukan belum sempat umpan mencecah kedasar,semua pncing berdesing mengeluarkan tali,dan masing2 mempunyai perlawanan hebat daripada spesis yang jarang keluar bila musim berangin iaitu ikan "MERAH" memang time tu kelaparan ikan2 dibawah tu,dalam masa 20 minit kami boleh menaikan hampir belasan ekor,sudah sejam lebih kami dilautan berlabuh di tukun pertama,angin mula bertiup kecang,lalu saya memberikan respon dengan abg saya (along) "bang angin barat ni" abg saya terus menyuruh saya untuk menaikan sauh,dan kami berlindung di sebalik pulau 3,memang kecang angin time tu smpai kepetang kami kebasahan akibat hujan lebat time tu,expidisi kami tertunda selama 6 jam tapi sempat jugalah kami mendirikan khemah di blakang pulau dan mengisi perut sebelum memulakan expidisi kedua kami,dan kami meneruskan expidisi kami ke tukun no 2 seperti yang saya tahu,memang potensi tukun tu agak baik.setibanya kami di tukun ke 2 kami pada jam 7.20 pm,kami melakukan aktiviti memancing sotong dan juga sesi appolo untuk mendapatkan umpan hidup..selepas lebih kurang sejam kami mencari umpan,masing2 pun memulakan aktiviti pancing dasar,ada juga yang melakukan jigging dan poping.lebih kurang 20 minit masa berlalu,kelihatan kekili toman tg50000 pisang mula menjerit menandakan ikan telah terjerat dengan umpan sotong hidup,hampir 10 minit barulah saya sendiri (pisang) dapat mendaratkan ikan GT pertama,dan diikuti saudara Fad kita juga ikan GT..memang semua atas perahu tu dapat menaikan GT dengan kaedah bottom dan juga poping..sampaikan terlupa untuk menangkap gambar time tu.masing2 sibuk melayan pancing.tepat jam 4 pagi kami pun bertolak balik pangkalan memandangkan bekalan umpan habis dan juga kami semua kepenatan.keseluruhan hasil yang daratkan hampir mencecah 25 kilo.memang puas hati lah jika turun kelaut mendapat hasil sebegitu walaupun angin kecang beserta hujan sudah mebadai kami semua.

Wednesday, July 8, 2009

Gegar Lubuk Tuaran Sampai Pengsan


Sampel baju Huntez Angler's


Orang snap dia,dia plak snap orang..haha..ini la dia Port Impian Jadi


MinChai nampak tenang walaupun sudah hampir 8 jam memancing

Align CenterFuh awek ni,memang Kebal n Hardcore,8jam memancing nda pandai penat.

Rony n minchai cuba meleraikan aktiviti menyangkut


Ni apa kes?? Casting sampai tercasting pokok,kan sia2 rapala menyangkut di dahan..haha


Omai pemancing tegar yang nda pandai penat

Port ke 2 area tanah pekuburan kampung Bolong Tuaran


sudah masuk minit yang ke 11 jam barulah minchai dapat mendaratkan ikan pertamanya

Adan pun berjaya mendaratkan ikan di minit kecemasan


Yang ini plak hasil si pisang di Impian jadi,yang penting nda kilar (ampuk)

Assalamualaikum...Story kali ni agak berbeza dengan fishing report sebelum ini...kali ini huntez crew mendapat pinggat "Pecah mata" setelah berjaga hampir 11 jam lamanya.Pada mulanya perancangan memancing tidak dijangkakan akan berlangsung di area tuaran,akan tetapi Mr rony kita ni gian menyahut cabaran ikan2 di tuaran,so keputusan pun di buat dan perjalanan trus di atur.kami tiba di lokasi pertama iaitu jambatan sg Bolong tepat pada jam 12.00,setelah hmpir 2 jam kami berada disana,seekor ikan pun nda mau makan umpan yang kami hidangkan memandangkan air sungai pada ketika itu menjadi air "Oren" akibat hujan yang turun sebelah ptng.Kami meneruskan adventure "rabak mata" kami di jeti Impian jadi,port memang lawa,tapi sayang hanya ikan tetanda sahaja dapat di darat.rasa ketidak puasan hati daripada semua peserta Huntez destinasi terakhir dipilih iaitu Sungai berhampiran di tanah perkuburan kampung bolong..Resultnya "Umpan" habis,"ikan gelama hanya 2 ekor dapat di naikan dan tepat jam 11 kami meluaskan langkah untuk berkemas balik ke KK.

Friday, July 3, 2009

Sg.Bolong Tuaran Gegarkan Tuyan dan Huntez Angler's

Buat sekian pertama kalinya Crew Huntez bertemu dengan Tuyan angler's bertempat di sungai Bolong tuaran 2/07/2009



Pisang(Huntez) dan Bro Hardy (Tuyan)


Bro hardy ( Tuyan angler) berjaya mendaratkan gelama menggunakan teknik no 4


Rakan Bro Hardy yang berjaya menewaskan sang Gulambir


Salah seorang lagi rakan bro hardy mendapat ikan gelama


Juga turut berjaya mendaratkan ikan gelama


Din (crew huntez) juga tidak melepaskan peluang menaikan gelama


Pisang (crew Huntez) pun tidak lebih kurangnya

Align CenterStrike lagi...sampai snapshot time ikan masih bertenaga


Din senyum membuat ikatan no 4 yang baru dipelajarinya


Baby GT (Kalakitok)pun ada.....

ewah stirke lagi si din ni..memang mengasih ikatan no 4 tu

Fad ( crew Huntez) pun nda mau ketinggalan...

strike lagi?? memang makan habis gelama time tu..

Begining story pada asalnya di rancang oleh bro hardi kita daripada Tuyan fishing anglers yang ingin turun padang bersama rakan2 yang lain semalam iaitu bersamaan 2/7/09 dan saya terbaca post di blog tuyan fishing crew yang di organisasikan oleh bro hardy kita yang berasal dai beaufort ini untuk turun memancing..dan kebetulan,bro hardy adalah salah sorang yang banyak support perkembangan Blog dan Forum huntez anglers disini,melalui forum yang saya baru wujudkan baru2 ini,saya sempat mengambil no H/p bro hardy yang di tgglkan dalam forum berkenaan,saya terus sms bro hardy kita dan bertanyakan tentang acara pada malamnya.bro hardy,memberikan tindak balas segera dan memberitahu bahawa lokasi yang menjadi tempat pemburuan kali ini ialah teluk likas,jambatan yayasan dan juga sg.bolong..saya memberikan pendapat bhawa sg.bolong dijadikan spot Gegar lubuk dan bro hardy kita bersetuju.tepat jam 11 kami pun berjumpa di lokasi seperti yang di tetapkan,pada mulanya memang saya merasa kekok sedikit almaklumlah baru first time jumpa nda bro hardy,lama kelamaan situasi menjadi panas apabila ikan gelama yang bersaiz 500g-900g mula mengamuk dan membantai umpan2 yang telah dilabuhkan,seorang demi sorang berjaya menaikan spesis ikan berkenaan.fuh,memang best time tu..boleh dikatankan hampir semua nda kilar @ ampuk.expidisi kami berakhir apabila kami mendapat jemputan daripada KB anglers untuk menyertai mereka di jambatan yayasan.setelah besalaman dengan semua rakan2 dari pihak bro hardy,kami pun meninggalkan lokasi sg.bolong dengan rasa puas tepat pada jam 4.20 pagi.dan kami sempat singgah di jambatan yayasan sabah untuk menemani rakan2 anglers kita yang lain.pendek cerita jam 5.30 juga balik rumah..hehe,rabak jugalah mata katakan..


sempat lagi kami snap picture bro ni mengaitakan umpan hidup

Begitu meriah juga suasana di jambatan yayasan ni

ramai yang masih menanti gentuan ikan2 di muara sungai jambatan yayasan ni

Wednesday, July 1, 2009

Gegar Kembali Jambatan Yayasan

Guest Kita berjaya mendaratkan kerapu


Guest Kita Mr Rony strike again

Lagi Seekor,memang Ong lah budak ni

Sebelah kiri(acai) dan tata juga berjaya mendaratkan kerapu


Tata n rakannya yang sanggup turun padang besama kami walaupun hujan renyai2 ketika itu


Tata,sorang gadis kecil tetapi mempunyai semangat besar untuk belajar memancing


Fad(Crew Huntez),tenang dari kiri menunggu sentapan raja sungai (selunsong)

Pisang(Crew Huntez),mesti nda mis turun padang

Din (Crew Huntez) juga turut berada di lokasi


Inilah hasil yang diperolehi selama 4 jam memancing di jambatan yayasan,boleh dikatakan teda spesis lain..semua kerapu

assalamualaikum,Kali ini Crew Huntez mendapat pelawaan mengejut daripada seorang guest juga rakan-rakan crew huntez yang menyatakan hasrat untuk turun memancing tanpa memberikan info awal kepada saya dan rakan2 pun,kebetulan pada masa itu kami semua memang planing untuk turun memancing di area Bukit Melinsung,port baru kami terokai..tanpa banyak bicara,peralatan di masukan kedalam kereta dan bergegas menuju lokasi Guest kita cadangkan iaitu Mr Rony kita yang sudai mempelawa kami untuk memancing bersama beliau sambil berkongsi cerita dan maklumat,lokasi yang kami pilih pada permulaanya bertempat di Pelabuhan sabah Port,hanya sejam sahaja kami di sana dan terus berpidah lokasi ke jambatan yayasan memandangkan saiz udang hidup yang telah di beli oleh rakan kita "rony" agak gadang2 sedikit,dan memang niat asal kami mo repeat ikan selunsong di jambatan berkenaan,tetapi memandangkan cuaca nda menyebelahi kami,keadaan air berubah dan itu membuatkan kami agak kecewa sedikit kerana kemungkinan besar ikan target kami iaitu ikan selunsong tidak akan berada di muara air sungai yang agak kabut.namun kami teruskan juga sesi memancing,manatau kot2 ada juga menyambar,first strike daripada saya sendiri dan beroleh sekor kerapu 400g dan diikuti oleh guest kita dan seterusnya tata dan acai dan seterusnya juga saudara Fad kita,pendek cerita semua nda (ampuk) la..nice job,kerana beroleh ikan kerapu hampir 10 ekor..sekian cerita untuk sesi jambatan yayasan ke 2..

Saturday, June 27, 2009

Laporan Jambatan Yayasan


Mr Asx kita dengan strike pertamanya

Strike keduanya Kerapu


Selang beberapa minit sahaja Apak pula mendapat strike


Pisang juga mendapat strike dan hasilnya hanya kerapu


Ini sahaja yang dapat di daratkan..dapat juga lepaskan gian


Kali ini,Crew huntez anglers menjalankan misi menduga lubuk semula dan target kami pada malam tu iaitu ikan selunsong memandangkan sudah hampir 2 bulan kami tertunggu2 spesis ikan Barramudi (Selunsong) ini menganas dan mengamuk semula di jambatan yayasan tersebut.dan ternyata spesis itu sudah mula kembali beraksi di area muara sungai dan jambatan yayasan tersebut apabila saya sendiri (pisang) mendapat satu strike yang agak lain larianya pada malam tersebut dan membuatkan DRAG saya berdesing kuat.setelah berhempas pulas,akhirnya ikan tersebut mendapat mata 1 dan 0 untuk saya apabila ikan selunsong tersebut bejaya meloloskan diri melalui tiang jambatan yayasan tersebut dan membuatkan perambut sufix tali hantu 50lb saya putus akibat geselan di bawah jmbatan berkenaan,dan sekali lagi kami di kejutkan apabila seekor lagi ikan selunsong dalam agaran saya ada jugalah belasan kilo mybe 14-17 kg keatas bedasarkan saiz badan ikan berkenaan yang naik ke permukaan membedal anak-anak ikan kembura..walaupun hanya 4 ekor sahaja yang dapat kami daratkan mlm tu dan ikan target kami tidak berjaya di daratkan,namun kami tetap akan beraksi untuk memburu ikan target kami iaitu "SELUNSONG"..jumpa lagi next report dari kami Huntez Anglers Crew

Friday, June 19, 2009

Gegar Lubuk Kembali Bersama tetamu Dari Brunei Slungsong Anglers


Apak dengan hasilnya pada waktu pagi

Fad with Gelama


Lepak menanti tarikan daripada pemangsa sungai lagu ini


Bro Madik (selunsong team Anglers) Menati dengan penuh sabar


Busy mengatur langkah setelah sesi malam kureng memuaskan


Kenang-Kenangan Bro Azlan kita (selunsong Team Anglers) di Sungai Lagu


Bro madik sibuk dengan joranya


Lepak santai bro azlan kita


Menanti debaran dan deburan ikan selunsong di sungai lagu ini


Mata apak yang kelesuan setelah semalaman berjaga

Assalamualaikum,kepada rakan2 dan sahabat2 yang masih setia mengunjungi teratak blog kami disini..kali ini saya ingin menceritakan sesi "Mengejut" yang di buat oleh sahabat kita dari brunei darussalam iaitu Bro azlan dan bro madik di mana mereka telah meracang untuk turun ke kota kinabalu sabah secara senyap2 dan boleh dikatakan mengejut juag rasanya..tepat jam 3 bro azlan menelefon saya dan memberi tahu bahawa mereka telah pun berada di kimanis,saya terkejut dan nda semana2 bro azlan minta saya aturkan trip pada hari tu juga.setibanya mereka di KK,saya menjemput mereka di area waiting bersebelahan dengan pasar malam KK.melihat umpan yang telah di bawa oleh bro azlan,saya pun terus mencadangkan untuk menduga semula port Sungai lagu yang telah dikhabarkan Musim ikan selunsong dan mencatat rekod sehingga 20 KG..wow..tanpa berlengah,kami mengatur langkah,tepat pada jam 8 kami pun bertolak ke Kota belud (sungai Lagu)..terlalu panjang story nak diceritakan,apa2 pun kami berjaya mendaratkan ikan gelama dan umpak serta Gt bersaiz kecil,manakan Ikan target kami iaitu ikan selunsong memberi kami mata pulangan 0-0..kami berpuas hati dan meneruskan perjalanan pulang ke ibu kota pada jam 11 tghari

Tuesday, May 26, 2009

New Version Huntez Anglers Forumation



Buat sekian kalinya,pihak administrator huntez anglers telah melancarkan forum untuk teman setia kami untuk berforum secara sihat dan juga sama2 bertukar pendapat melalui forum berkenaan.diharap sahabat2 dapat bekerja sama dan sama2 memajukan forum huntez anglers untuk masa2 akan datang.sekian terimakasih.Sila Klik Url disini "http://huntez.nsguru.com"

Thursday, May 21, 2009

GP JORAN1 Tournament FIshing


Buat Sekian Kalinya tahun 2009 Pertandingan GPJORAN diadakan di sabah bertempat di pekarangan Jeti Jesselton (Suria),Untuk sebarang pertanyaan bolehlah mendapatkan info di Kaunter jesselton (suria).Majulah Sukan Memancing Di Sabah.

Wednesday, May 20, 2009

Kuala Abai Sesion 2 Sungai Lagu


Lokasi Sungai Lagu


Ramai Anglerz yang turun padang


Walaupun masih kecik tapi semangat memancingnya kuat


Mr roy dan Fadli


Adan dengan senyuman kecundang


Gelama Pertama


Ikan Pari seberat 4 kg bejaya didaratkan

Bermulanya cerita Huntez Anglerz pada kali ini untuk memilih Lokasi Kuala Abai sebagai destinasi utama apabila seorang daripada rakan anglerz di kota belud memberi info mengenai musim ikan gelama yang ditunggu2 musimnya kini tiba..Huntez Crew terus mengatur langkah untuk turun padang ke Kuala Abai ( Sungai Lagu) untuk membuktikan berita dari sahabat anglerz di KB itu betul..setibanya kami pada hari pertama,terbukti bahawa khabar yang diceritakan daripada rakan kita itu betul apabila salah seorang daripada crew kami berjaya mendaratkan lebih kurang 5 ekor ikan gelama besaiz2 sederhana dan gadang,maka kami meneruskan misi pencarian ikan yang bersaiz2 gadang di sungai itu hinggalah salah seorang daripada kami berjaya mendaratkan seekor ikan pari seberat 4 kg dan juga salah seorang daripada pemancing tegar disitu berjaya mendaratkan ikan selungsong (siakap) seberat 8 kilo.ternyata perjalan kali ini mungukir seribu senyuman kepuasan setelah sekian lama tidak merasa tarikan yang begitu menyeronokan.ikuti kami di episod akan datang,di tempat yang belainan...nantikan berita2 terbaru dari kami (HUNTEZ ANGLERZ)

Tuesday, May 19, 2009

Jesselton telah diduga kualiti spot fishing


Pari stering by pisang

Fadli dengan Kurisi

Lepak sambil menunggu sentapan di jeti suria

Kali ini Huntez anglerz menguji pula tempat yang dinanti2kan oleh setiap kaki pancing di sabah iaitu Jesselton,tempat yang bepotensi sbgai "hot Spot" di area kk.

Menguji semula lokasi jambatan Yayasan Sabah



Jambatan Yayasan Sabah Potensi Ikan selungsong @ siakap dikatakan Bermusim di sini..kali ini huntez anglerz crew turun padang untuk membuktikan bahawa spesis ikan ini wujud mengikut aturan bulan bila spesis ikan ini mula mengusai muara sungai ini tetapi penantian dan pencarian kami berakhir dengan kehampaan.


Monday, April 27, 2009

Membakut Lake Eco Traning Center

Toman Membiak Di Sabah...Eco Traning Center Membakut sabah mempuyai potensi untuk pembiakan spesis ikan toman disabah..Toman disabah?? adakah anda pecaya mengenai spesis ini sudah menjelajah di sabah? Ini lah hakikat sebenarnya bahawa toman sudah ada di sabah.

Thursday, April 23, 2009

Sesi Troling di Laut Kampung Binsulok Membakut

Troling mengunakan heavy set

Maha salah seorang yang rajin keluar untuk sesi troling


Ikan Kirung2 @ Kuring2 yang besaiz gadang berjaya didaratkan.


Wednesday, April 22, 2009

King Of Jambatan King Fisher Tewas

Ikan Sembilang Yang bejaya didaratkan

Pisang selaku admin Huntez Anglerz tersenyum puas dengan lawannya


Arif juga berjaya menaikan sekor ikan Belut,memang asal c arif ni pun dari kota belut


Peace For All Anglerz Sabahan


Welcome to Portal Talksabah

Dengan ini,saya selaku admin daripada Huntez Anglerz mengucapkan selamat datang dan selamat bekerjasama kepada portal talksabah.Kepada Sabahan Anglerz dijemput untuk menyertai forum talksabah kerana portal ini juga telah menyediakan tempat untuk para2 pemancing dalam dan luar sabah berforum secara teratur dan selesa.Anda hanya perlu "REGISTER" di Talksabah dan kemudianya Start berforum di ruang yang telah dikhaskan oleh Pihak Administrator Talksabah untuk para-para pemancing.Sama-Samalah kita memajukan lagi Portal-Portal Sabahan seperti Talksabah.

Monday, March 23, 2009

Map Jeti Tanjung Aru


Sila Klik Gambar diatas untuk melihat dengan lebih jelas lagi


Follow anak Panah yang telah di buat

Anda akan melalui Round about Balai polis tanjung aru dan terus menghala ke sebelah kanan anda,anda terus sahaja dimana anda akan lalui Balai polis,Medan Selera tanjung aru yang baru dibuka tu,pastu anda akan lalui sekolah lasal..anda street jak then akan jumpa 2 simpang di hujung kampung tanjung aru tu..ikut sebelah kanan...then slow2 ada bonggol pertama.selepas bonggol kedua anda lihat sebelah kiri anda dengan memperlahankan kenderaan..tengok klu ada jambatan yang menghala ke laut..disitu la jeti tanjung aru..

Sunday, March 22, 2009

Huntez Crew Outgoing Fishing Di Pulau 3


Mempersiapkan Kelengkapan ketika Bejalan Keluar Dari Muara Sungai


Huntez Crew Melakukan Aktiviti Troling


Fad Dengan First Cacth Ikan temanung


Aksi Ketika Melawan Tenggiri


Misi Huntez Anglerz Sucses Dengan Memperolehi Tengiri

Penjelajahan Ke Sungai Binsuluk Membakut

Penjelajahan Sehari Semalam Di Muara Kuala Sungai Binsuluk Membakut


Suasana Sungai Binsuluk ini pada waktu petang


Peralatan yang disediakan untuk pengembaraan kali ini


Ikan Sembilang pertama yang didaratkan pada malam berkenaan


Mr Adan (Huntez Crew)dengan Lesen Pertamanya Baung


Saudara Asx (Huntez Crew) kita dengan Lesen Pertamanya Pada Sebelah Petang

FadLiE (Huntez Crew) Tenang Menunggu Sentapan Ikan2 Disungai Binsuluk ni


Along Sentiasa tenang walaupun berada ditempat2 yang sukar


Mimit @ UtU penduduk Kampung Binsuluk Yang Sentiasa Memberikan Kerjasama Kepada Kami Selama Berada 3 Hari Di Kampung Binsuluk


Sahabat Kita Tenang Melayan Tarikan..zazzhh


Ewah..begaya dia disana


Din (Huntez Crew) Teliti membaiki pancingya


Umpan Udang Hidup Yang Hampir pupus kesemuanya walaupun diberikan oksigen

Pengembaraan huntez anglerz (Pemancing Malaysia) pada kali ini bertumpu di sebuah sungai yang teletak dikampung binsuluk membakut.Misi huntez anglerz pada kali ini ialah memburu ikan Siakap Merah @ Ungah dan juga Ikan Bemaharaja lela disungai Binsuluk ini Iaitu Ikan Slungsong.Pengembaraan selama 3 hari ini tidak berapa menghampakan kami kerana berjaya menaikan pelbagai spesis2 ikan lain walaupun Asal Misi pencarian kami ialah betumpu kepada ikan Siakap Merah dan juga Ikan Slungsong.

Wednesday, March 18, 2009

Hunting Fish With Sioloon Member


Mr Loted With Casting teknik


Gandingan Bersama


Hasil Tangkapan seharian


Mr Gerrat kita from Kota Belud


Babakan @ Ayam2 yang diporolehi oleh mr Gerrat kita

Name: Gerrat & Loted
From: www.Sioloon.com

Huntez Anglerz Kepulau 3 Misi Pencarian Tenggiri

Video Colection April 2009

Sesi Memancing:Video Kuala Binsuluk Part 1

Minta maaf kepada semua kerana kualiti video yang kurang memuaskan

Sesi Memancing:Video Kuala Binsuluk Part 2