Tuesday, September 16, 2008

Kudat Fishing Trip

2 AmberJack ( 8KG & 5 KG )
AmberJack and The GT ( 8 Kg & 5 KG )
2 Tenggiri ( 6-8 Kg ) 1 lepe ( 4 Kg )
My Jackport Catch ( 8 KG AmberJack )
The Catch

Nama:Saharom
Hasil Tangkapan:amberjack,tenggiri,lepe,GT
Lokasi:Kudat
Admin say:Congrat to bro sharom dengan trip kali ini,kami disini tumpang gembira dengan hasil tangkapan daripada bro sharom


Saturday, August 23, 2008

Ogos Trip: Sungai Pendekar Kota Belud

Fishing Trip Kota belud

Pisang,menyiapkan senjata utamanya

Tenang c belingas menanti amukan ikan sungai pendekar

Lady juga tidak melepaskan peluang untuk turun beraksi

Aksi Pertama dari Pisang

Ungah pertama pada malam 23 agos

Hasil Yang kedua,strike untuk c pisyang

Belingas @ Hardi dengan ungah pertamanya

Ungah Keduanya,umpan sotong 5 ringgit 1 ekor tu


Ketam ini kami namakan Ketam Hellboy disebabkan tiram yang tumbuh menyerupai tanduk,pelik bukan..

Trip sebelah malam selepas memancing di kuala abai,kami memilih untuk mencari lokasi disekitar kampung pendekar yang berhampiran dengan mulut laut di kota belud semalam.dalam perjalanan kami yang separuh sesat,akhirnya kami tiba di sebatang sungai area kampung pendekar berkenaan,tanpa berfikir panjang,kami terus mengeluarkan semua enquipment untuk mencuba nasib di sungai berkenaan.strike pertama dimilik oleh pisang dengan hasil tangkapan ungah berskala sederhana,di ikuti dengan strike yang ke 2 juga dimiliki oleh c pisang namun hasil kali ini ialah sekor ikan puteh juga berskala sederhana,tepat pada jam 12.30 kedua2 joran milik hardi menghenjut menyembah bumi,hardi mendapat 2 strike sekali gus dalam 1 masa dia dpt menaikan 2 ekor ungah seberat 1kg.pertarungan hebat pada malam itu sungguh memuaskan hati kami semua walaupun hanya sehari semalam sahaja trip yang dpat kami buat pada kali ini.Kepada teman2 sepejuangan yang lain,teruskan usaha anda untuk mencari tempat2 yang lebih menarik yang terdapat disabah ini bagi meluaskan lagi empayar Lubuk terbuka untuk semua kaki pancing dissabah. Selamat menyambut 31 ogos semperna bulan kemerdekaan daripada kami Huntez Anglerz Buat semua warga Malaysia

Sesi Memancing: Bulan Kemerdekaan (Kuala Abai Trip)


Kuala Abai view

Ni la Port kami sebelah siang

Lady memang gadis serba boleh,caya la ko lady

Story:Semperna dgn bulan kemerdekaan,kami sekali lagi membuat trip memancing serta mencari lubuk-lubuk terbiar di kota belud.22 -23 ogos trip sehari semalam ini cukup memuaskan hati kami untuk melepaskan gian kami.Kuala Abai menjadi lokasi pilihan pertama kami sebaik sahaja kami tiba di kota belud. Lokasi selanjutnya adalah Sungai pendekar yang terletak berhampiran dengan Mulut Laut di kota belud.Teruskan bersama kami untuk mengetahui lagi tempat2 yang menarik yang terdapat di sabah ni.

Admin say:Insyallah ada masa kami akan menjelajah ke tawau,sandakan,lahadatu serta keluar dari negeri sabah seperti ke brunei darulssalam.

Wednesday, July 30, 2008

Sesi Memancing: Tuah Lady Musim Hujan

Fenly New Crew Huntez

Hasil Sebelah Petang selepas hujan semalaman

Pisang & Lady

Wizan with Kerapu

Lady kerapu tuah time hujan

Kerapu first time hujan

Story: Setelah lama tidak bersua,akhirnya kami dapat merancang kembali trip santai2 sambil memancing di jeti tanjung aru boleh dikatakan sekadar memancing suka-suka sahja sambil melepak,bercerita..kena pada timing semua pun stuju untuk turun memancing bersama2,sambil meluangkan masa untuk bercerita tentang isu2 yang lain,tepat pada jam 3 pagi kami sudah pun berada di jeti berkenaan,setelah melabuhkan pancing masing2,tiba2 hujan turun dengan lebat skali sehinggakan kami kesejukan dan patah semangat untuk meneruskan trip memancing,dalam2 hujan yang sgt lebat,pancing lady mula memberikan isyarat,dan hasilnya kerapu,berikutnya fenly juga beroleh kerapu,dalam masa yang sama pisang juga menaikan sekor ikan bedukan,hardy juga berjaya menaikan sekor sotong dan kerapu,wizan juga tidak ketinggalan menaikan sekor kerapu.kami berangkat pulang pada jam 4 ptg,suma tersenyum lebar tanda puas bila teda salah sorang pun yang inda menarik.

Saturday, July 26, 2008

Sesi Memancing: Gerakan Jiwa Kacau Jeti tanjung Aru

Ungah pertama di jeti

Pisang @ Pajalerz tersenyum dengan ungah pertamanya

Neirol Vs Sembilang last minit

antara ahli huntez yang turun padang (Azwan)

Wizan juga turun sekaki

Mr new guys Huntez Anglerz



StorY: Jam 3 pagi kami sekali lagi terpaksa memilih port jeti disebabkan hujan yang lebat,so kami nda dapat mengikuti planning kami yang pada mulanya memilih lokasi Jambatan Yayasan sabah sebagai trip kami pada kali ini.Setibanya kami di jeti,masing2 terus melabuhkan senjata,walaubagaimana pun sambutan yang agak baik daripada joran Pisang @ pajalerz yang baru melabuhkan umpan selama 2 minit trus mendapat sambutan,hasilnya seekor Ungah berjaya dinaikan,Last minit sebelum kehabisan umpan,Neirol berjaya menaikan sekor lagi ikan sembilang sebelum kami berangkat pulang.

Thursday, July 17, 2008

Sesi Memancing:With New Crew Huntez Anglerz

Azwan New crew pukulan pari & kerapu
Sembilang Tayar tewas ditangan pisang
NeroL New Crew with Kerapu
Hardi Setting equipment

penat berjuang akhirnya 2 crew tidur keletihan

Hasil semalaman

Trip kami semalam bermula sebaik sahaja kami rakan2 setugas tamat masa bertugas pada jam 2 pagi bersama ahli2 baru crew huntez,cuaca yang baik serta keadaan air yang pasang besar membuatkan sesi memancing kami bertambah hangat apabila azwan (crew yang baru menyertai huntez) menaikan seekor pari.Selang beberapa minit Pisang pula menaikan seekor kerapu diikuti dgn nerol juga ahli baru menyertai huntez anglerz menaikan seekor kerapu juga.manakala arrifin dan nazri yang memperolehi pisang2 & kerapu.sampai jam 5 pagi ,pagutan serta tarikan mulai berkurangan dan di sebalik kesempatan itu arifin dan nazri mulai mencari haluan masing2.mereka lelap disebabkan suasana yang sangat dingin pada pagi itu sesuai untuk melelapkan mata yang keletihan daripada bejaga serta baru pulang dari kerja.Kami bertiga masih meneruskan perjuagan menganjun bilis hidup untuk dijadikan umpan kerapu dan titir (baracuda) tp sayangya tiada yang sudi menjamah bilis2 berkenaan,kemungkinan besar ikan2 tersebut sudah kenyang.Enjoy la juga trip wat kali ini

Admin say: Selamat datang kepada ahli-ahli baru crew huntez,semoga akan ada lebih ramai lagi ahli Huntez Anglerz di masa akan datang dengan 1 tujuan 1 harapan serta memperluaskan destinasi pemancing2 Huntez Anglerz

Tuesday, July 15, 2008

Inforamtion:Upcoming Kudat Fishing Trip





FROM bro saharom salim:Next month August 30,31 and 1 September 2008, 3 days 2 nights trip from Kudat. 3 seats available right now. RM 233.40 per person for the boat rental. ( Including breakfast,lunch and dinner ).Total of 12 anglers.Sandakan group will be also joining for this trip. Depart from Kudat jetty is on the 30 August at 9.00 a.m,so need to reach Kudat by 8.00 a.m. Parking should not be a problem coz we park our car at the boat owner house.ETA to Kudat Jetty in on the 1st September 2008 at 5.00 p.m.Estimated fuel cosumption driving from KK -> Kudat -> KK roughly is about RM 180.00 ( for most 1.5 motorcar ). Baits roughly 5 KG of Basung and 3 KG of Squids and can get from Kudat fish market before depart. Attached are the photos of the fishing boat. Please e-mail me or call me at 019-8203040 for those who are interested to join for this trip. Deposit RM 100 upon comfirmation and the balance on the day we depart. Thanks.

Cheers!!

Wednesday, July 9, 2008

Sesi Memancing:Amukan Tenggiri




Name:Yic LuNG
Hasil Tangkapan: Tengiri
Teknik: Bottom
Umpan:Sekor Basung
Lokasi: sector 360

Admin Say:Tahniah kepada yicLung,inilah dikatakan semangat Para pemancing di Sabah.Teruskan usaha anda untuk mengembangkan lagi sukan memancing tanah air kita

Tuesday, July 8, 2008

Sesi Memancing: Huntez Anglerz Family Trip Kota Belud Batu Gadong

Tapak Perkhemahan
Abang gondrong beraksi
Hasil pertama beliau
Ikan Gelama Pertama olehnya..aisyeh
Lady Huntez,duduk sabar menunggu sentapan
Ikan pertama lady Huntez
KB anglerz n Huntez Anglerz turun padang bersama
Hasil crew Kb Angler's
Isu Minyak di Kota belud apabila tersebarnya khabar angin stesen minyak akan ditutup

Berebut2 orang KB membeli minyak

Trip Batu Gadong (Kota Belud) Huntez Anglerz dan KB Anglers


Perancangan yang teratur,planing di kemukakan dan persetujuan dari semua crew huntez maka Lokasi penjelajahan Huntez anglerz kali ini bertempat di batu gadong Kota Belud,asalnya idea ini tercetus daripada Lady Huntez,apa lagi..sekali sekala merantau jauh ke kota belud.pada mulanya,kami ingin memilih kuala abai sebagai sport pertama,tp memandangkan isu minyak yang berlaku disabah baru2 ini telah memendekan trip kami untuk menjelajah dari 1 sport ke sport yang lain..maka dengan persetujuan dari crew huntez batu gadong menjadi sport kami.kami menunggu ketibaan KB anglers untuk membawa kami kelokasi yang disebut2 oleh mereka iaitu batu gadong,then,buat kali pertamanya kami bersemuka dengan crew2 Kb anglers tepat pada jam 7 pm.mereka sangat peramah.kami pun memendekan masa pertemuan serta sesi perkenalan kami .kami bertolak dalam jam 7.30 menuju ke lokasi berkenaan yang jauhnya kira2 10 batu dari pekan Kota belud.akhirnya kami tiba di lokasi pada jam 9.20 pm.kami mendirikan khemah serta menyalakan ungun api lalu masing2 mencari tempat untuk melabuhkan pancing masing2.semangat yang berkobar2 dari kami semua untuk menunggu gentuan ikan semakin luntur setelah menunggu hampir 4 jam tiada gentuan serta umpan hidup kami hidangkan langsung tidak terusik.ini mungkin disebabkan air yang sedang surut pada ketika itu.dalam diam2 crew Kb anglers pula sibuk mengasak tarikan ikan2 tidak jauh dari tempat kami melabuhan pancing.kami bergegas melihat hasil tangkapan mereka.sekor ikan sembilang serta gelama telah mereka daratkan.sehingga jam 3 pagi..kami trus dibuai lena kerana keletihan yang teramat..seawal jam 6.30 pagi..kami dikejutkan dengan bunyi bising dari abg gondrong..rupa2nya beliau tgh bertungkus lumus menaikan sekor ikan gelama,tanpa belengah..masing2 menurunkan pancing kedasar sungai dengan berharap akan mendapat tarikan serupa seperti abg gondrong.Lady pula berjaya menaikan sekor ikan Kirong-kirong dan selepas daripada itu..langsung tiada gentuan melaikan ikan kirong2 yang bermaharaja lela di muara berkenaan.kami menamatkan trip kami pada jam 8.30 pagi memandangkan tiada lagi gentuan ikan lain.terima kasih kami ucapkan kepada KB anglers kerana sudi meluangkan masa bersama kami untuk bersama-sama memancing serta mengeratkan lagi hubungan dikalangan kaki pancing di sabah ini.Hidup Kaki Pancing Di Sabah!!

Admin say:Inilah semangat yang kita mahu dikalangan kaki pancing di sabah,biar jauh,biar dekat,biar tua,biar muda,biar berlainan agama,bangsa keturunan..tapi semangat harmoni sebeginilah yang harus di pupuk.Tahniah tu Kb Anglers kerana sama2 menjayakan Trip ini