Ketam ini kami namakan Ketam Hellboy disebabkan tiram yang tumbuh menyerupai tanduk,pelik bukan..
Trip sebelah malam selepas memancing di kuala abai,kami memilih untuk mencari lokasi disekitar kampung pendekar yang berhampiran dengan mulut laut di kota belud semalam.dalam perjalanan kami yang separuh sesat,akhirnya kami tiba di sebatang sungai area kampung pendekar berkenaan,tanpa berfikir panjang,kami terus mengeluarkan semua enquipment untuk mencuba nasib di sungai berkenaan.strike pertama dimilik oleh pisang dengan hasil tangkapan ungah berskala sederhana,di ikuti dengan strike yang ke 2 juga dimiliki oleh c pisang namun hasil kali ini ialah sekor ikan puteh juga berskala sederhana,tepat pada jam 12.30 kedua2 joran milik hardi menghenjut menyembah bumi,hardi mendapat 2 strike sekali gus dalam 1 masa dia dpt menaikan 2 ekor ungah seberat 1kg.pertarungan hebat pada malam itu sungguh memuaskan hati kami semua walaupun hanya sehari semalam sahaja trip yang dpat kami buat pada kali ini.Kepada teman2 sepejuangan yang lain,teruskan usaha anda untuk mencari tempat2 yang lebih menarik yang terdapat disabah ini bagi meluaskan lagi empayar Lubuk terbuka untuk semua kaki pancing dissabah. Selamat menyambut 31 ogos semperna bulan kemerdekaan daripada kami Huntez Anglerz Buat semua warga Malaysia
2 comments:
wahh ada juga ka katam hellboy..ya pelik ni..kamu pancing ka tuh?
apa nama tmpt kmu pegi di kota belud tu? bg nama kg nya ble tq...
Post a Comment