Wednesday, December 23, 2009

Trip memancing Nelayan old style di Takat Kinambak

TAKAT KINAMBAK (TUKUN BATU) KUALA PENYU
Ikan yang berjaya dinaikan pada hari Pertama,diantaranya ialah ikan Sulit,Umpak,Anduping (Bual),Temanung,Buna dan Pisang2

Hasil Hari Ke-2 di Lokasi yang sama,antara spesis yang di naikan,Ikan Surui,Ikan Temanung gread A,tamban,Sulit,Kerapu


Hari Ke-3 Ikan Sulit sahaja berjaya dinaikan sehingga penuh tong sederhana yang kami bawa

Antara spesis ikan yang berjaya dinaikan dan ikan ini diberi panggilan oleh orang tempatan kaum brunei ialah ikan Kasau-Kasau


Ini pula spesis ikan Sulit yang mendiami batu menunggul ataupun takat yang berbatu,tapi bukan senang untuk memancing ikan ini kerana anda mestilah mengetahui faktor arus air,kekeruhan air,Tangsi yang digunakan serta umpan yang ngam untuk spesis ikan ini.saranan untuk memancing ikan jenis ini ialah melalui faktor tangsi kerana jika nda memakai tangsi yang atas 20lb,ikan ini tidak akan memankan umpan anda,saya sendiri menggukan tangsi berkekuatan hanya 10lb untuk mendapat sambaran ikan ini.umpan yang kami pakai ialah (BUBUK) dan spesis ini boleh besar sebesar pendayung dan juga kerap memutuskan tali apabila sang pendayung ini melarikan pancing anda.






Trip Memancing di Sawangan Kuala Penyu

diantara geng2 Huntez Angler yang turun padang

Fad sempat singgah di sungai binsuluk untuk melakukan sesi casting


setibanya di kuala penyu kami semua singgah untuk mengisi perut di kedai Fisherman ni,memang mablous..

Apak (kiri) Fad (kanan) diantara orang2 yang merancang trip kali ini

setibanya kami di sana,memang sudah ramai yang memancing,maklumlah cuti sekolah katakan

Jambatan sawangan yang panjang dan jauh,sakit juga kaki mo bejalan ulang alik kedaratan.


saudara apak kita sibuk membetulkan ikan pancing beliau kerana putus disambar ikan besar tapi tidak di ketahui apa spesis ikan berkenaan.















Trip casting di Kolam Terbiar (KP)

saiz ikan selunsung ini tidak lah sebesar mana tapi siuk dilayan dengan mengunakan kekili ringan
selunsung yang disangka ungah dalam kolam terbiar


memang banyak selunsung yang tewas dengan rapala Green rap keluaran bakau ini,tapi saiznya hanyalah sederhana sahaja.

diantara spesis2 ikan yang menghuni kolam terbiar berkenaan.



saiz ungah ini juga amat memeranjatkan.
Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada sahabat2 dan juga pengunjung2 huntez anglers blogger ini..kali ini saya melakukan ujian ringan casting di kolam terbiar yang berdekatan dengan area Kuala penyu.sebenarnya tujuan saya pada pagi itu hanyalah ingin melayan ikan "Jalak" & "Badus" kerana melihat kolam itu penuh dengan deburan ikan2 mega didalamnya,tidak sampai 10 kali buangan dengan menggunakan set pancing ringan dan juga rapala Green rap iaitu keluar BAKAU saya mendapat 1 sambaran lengkap yang pada mulanya saya sangkakan ikan badus atau jalak..sebaik sahaja ikan berkenaan tewas dalam masa lebih kurang 2 minit,saya terkejut ikan yang saya daratkan adalah anak ikan selunsung yang beratnya hnya sekilo sahaja.lalu saya terus merasa air kolam itu dan mendapati air itu masin.dan saya dengan gembira dan tenang melontarkan sekali lagi rapala green Rap saya itu kedalam kolam..dan hanya sekali cast sahaja saya mendapat lagi sambaran daripada ikan yang sama,hmpir 5 ekor selunsung dan juga 3 lagi ikan ungah berjaya didaratkan.saya berfikir perlulah saya lepaskan anak selunsung berkenaan dan membiarkan ia besar di dalam kolam berkenaan dan hanya seekor selunsung yang bleh pakai sahaja saya bawa pulang.