Tuesday, July 8, 2008

Sesi Memancing: Huntez Anglerz Family Trip Kota Belud Batu Gadong

Tapak Perkhemahan
Abang gondrong beraksi
Hasil pertama beliau
Ikan Gelama Pertama olehnya..aisyeh
Lady Huntez,duduk sabar menunggu sentapan
Ikan pertama lady Huntez
KB anglerz n Huntez Anglerz turun padang bersama
Hasil crew Kb Angler's
Isu Minyak di Kota belud apabila tersebarnya khabar angin stesen minyak akan ditutup

Berebut2 orang KB membeli minyak

Trip Batu Gadong (Kota Belud) Huntez Anglerz dan KB Anglers


Perancangan yang teratur,planing di kemukakan dan persetujuan dari semua crew huntez maka Lokasi penjelajahan Huntez anglerz kali ini bertempat di batu gadong Kota Belud,asalnya idea ini tercetus daripada Lady Huntez,apa lagi..sekali sekala merantau jauh ke kota belud.pada mulanya,kami ingin memilih kuala abai sebagai sport pertama,tp memandangkan isu minyak yang berlaku disabah baru2 ini telah memendekan trip kami untuk menjelajah dari 1 sport ke sport yang lain..maka dengan persetujuan dari crew huntez batu gadong menjadi sport kami.kami menunggu ketibaan KB anglers untuk membawa kami kelokasi yang disebut2 oleh mereka iaitu batu gadong,then,buat kali pertamanya kami bersemuka dengan crew2 Kb anglers tepat pada jam 7 pm.mereka sangat peramah.kami pun memendekan masa pertemuan serta sesi perkenalan kami .kami bertolak dalam jam 7.30 menuju ke lokasi berkenaan yang jauhnya kira2 10 batu dari pekan Kota belud.akhirnya kami tiba di lokasi pada jam 9.20 pm.kami mendirikan khemah serta menyalakan ungun api lalu masing2 mencari tempat untuk melabuhkan pancing masing2.semangat yang berkobar2 dari kami semua untuk menunggu gentuan ikan semakin luntur setelah menunggu hampir 4 jam tiada gentuan serta umpan hidup kami hidangkan langsung tidak terusik.ini mungkin disebabkan air yang sedang surut pada ketika itu.dalam diam2 crew Kb anglers pula sibuk mengasak tarikan ikan2 tidak jauh dari tempat kami melabuhan pancing.kami bergegas melihat hasil tangkapan mereka.sekor ikan sembilang serta gelama telah mereka daratkan.sehingga jam 3 pagi..kami trus dibuai lena kerana keletihan yang teramat..seawal jam 6.30 pagi..kami dikejutkan dengan bunyi bising dari abg gondrong..rupa2nya beliau tgh bertungkus lumus menaikan sekor ikan gelama,tanpa belengah..masing2 menurunkan pancing kedasar sungai dengan berharap akan mendapat tarikan serupa seperti abg gondrong.Lady pula berjaya menaikan sekor ikan Kirong-kirong dan selepas daripada itu..langsung tiada gentuan melaikan ikan kirong2 yang bermaharaja lela di muara berkenaan.kami menamatkan trip kami pada jam 8.30 pagi memandangkan tiada lagi gentuan ikan lain.terima kasih kami ucapkan kepada KB anglers kerana sudi meluangkan masa bersama kami untuk bersama-sama memancing serta mengeratkan lagi hubungan dikalangan kaki pancing di sabah ini.Hidup Kaki Pancing Di Sabah!!

Admin say:Inilah semangat yang kita mahu dikalangan kaki pancing di sabah,biar jauh,biar dekat,biar tua,biar muda,biar berlainan agama,bangsa keturunan..tapi semangat harmoni sebeginilah yang harus di pupuk.Tahniah tu Kb Anglers kerana sama2 menjayakan Trip ini

No comments: