Sunday, July 12, 2009

Gerakan Pulau 3 Sesi Ribut Melanda

Pemandangan cuaca pada waktu pagi


Adan dan omai duduk di bahagian hadapan perahu


Fad,tekong dan juga pisang pula duduk di bahagian blakang perahu




Tekong kita ALONG juga salah seorang huntez crew


Omai tersenyum gembira sewaktu perjalanan kelaut


Fad

Pisang melakukan sesi troling di sekitar perairan pulau 3


Fad dan pisang merenung kelangit melihat perubahan cuaca yang agak membimbangkan


Asyik menaikan ikan merah,memang makan habis masa tu


Fad dan Pisang Menunjukan Hasil untuk Sesi sebelah pagi sebelum ribut melanda

Ikan merah,ikan yang jarang2 ada bila musim berangin


Ikan yang berjaya didaratkan oleh crew huntez dalam masa 20 minit sahaja


hasil keseluruhan crew huntez anglers sehari semalam walaupun angin agak kecang ketika itu namun misi diteruskan di area pulau 3,samapi nda sempat snapshot time dipulau tu.


Ikan tawih juga menjadi mangsa poping saudara Fad kita

Assalamualaikum kepada semua sahabat2..

Kali ini crew huntez membuat "sesi gegar lubuk" untuk kali ke 2 di area kepulauan 3..sebenarnya planing ni tidak dijangkakan oleh kami akan berlaku,tetapi apabila isu ini dikemukakan,crew2 huntez bersetuju tanpa sebarang bantahan,trip di atur,perjalanan di buat pada petang 10.7.2009.setibanya kami dilokasi tepat jam 8 mlm,saya terus berunding dengan abg saya (along) untuk turun memancing di pulau 3 pagi esok,abg saya pun terus memberikan jawapan "Ya" kepada kami semua.memang malam tu sibuk membuat persediaan pancing la untuk turun kelaut,jam 6 pagi kami turun kelaut dan kami tiba di lokasi pertama tepat jam 7.mau sejam juga perjalanan keluar.setibanya kami di lokasi tukun pertama,umpan dilabukan belum sempat umpan mencecah kedasar,semua pncing berdesing mengeluarkan tali,dan masing2 mempunyai perlawanan hebat daripada spesis yang jarang keluar bila musim berangin iaitu ikan "MERAH" memang time tu kelaparan ikan2 dibawah tu,dalam masa 20 minit kami boleh menaikan hampir belasan ekor,sudah sejam lebih kami dilautan berlabuh di tukun pertama,angin mula bertiup kecang,lalu saya memberikan respon dengan abg saya (along) "bang angin barat ni" abg saya terus menyuruh saya untuk menaikan sauh,dan kami berlindung di sebalik pulau 3,memang kecang angin time tu smpai kepetang kami kebasahan akibat hujan lebat time tu,expidisi kami tertunda selama 6 jam tapi sempat jugalah kami mendirikan khemah di blakang pulau dan mengisi perut sebelum memulakan expidisi kedua kami,dan kami meneruskan expidisi kami ke tukun no 2 seperti yang saya tahu,memang potensi tukun tu agak baik.setibanya kami di tukun ke 2 kami pada jam 7.20 pm,kami melakukan aktiviti memancing sotong dan juga sesi appolo untuk mendapatkan umpan hidup..selepas lebih kurang sejam kami mencari umpan,masing2 pun memulakan aktiviti pancing dasar,ada juga yang melakukan jigging dan poping.lebih kurang 20 minit masa berlalu,kelihatan kekili toman tg50000 pisang mula menjerit menandakan ikan telah terjerat dengan umpan sotong hidup,hampir 10 minit barulah saya sendiri (pisang) dapat mendaratkan ikan GT pertama,dan diikuti saudara Fad kita juga ikan GT..memang semua atas perahu tu dapat menaikan GT dengan kaedah bottom dan juga poping..sampaikan terlupa untuk menangkap gambar time tu.masing2 sibuk melayan pancing.tepat jam 4 pagi kami pun bertolak balik pangkalan memandangkan bekalan umpan habis dan juga kami semua kepenatan.keseluruhan hasil yang daratkan hampir mencecah 25 kilo.memang puas hati lah jika turun kelaut mendapat hasil sebegitu walaupun angin kecang beserta hujan sudah mebadai kami semua.

Wednesday, July 8, 2009

Gegar Lubuk Tuaran Sampai Pengsan


Sampel baju Huntez Angler's


Orang snap dia,dia plak snap orang..haha..ini la dia Port Impian Jadi


MinChai nampak tenang walaupun sudah hampir 8 jam memancing

Align CenterFuh awek ni,memang Kebal n Hardcore,8jam memancing nda pandai penat.

Rony n minchai cuba meleraikan aktiviti menyangkut


Ni apa kes?? Casting sampai tercasting pokok,kan sia2 rapala menyangkut di dahan..haha


Omai pemancing tegar yang nda pandai penat

Port ke 2 area tanah pekuburan kampung Bolong Tuaran


sudah masuk minit yang ke 11 jam barulah minchai dapat mendaratkan ikan pertamanya

Adan pun berjaya mendaratkan ikan di minit kecemasan


Yang ini plak hasil si pisang di Impian jadi,yang penting nda kilar (ampuk)

Assalamualaikum...Story kali ni agak berbeza dengan fishing report sebelum ini...kali ini huntez crew mendapat pinggat "Pecah mata" setelah berjaga hampir 11 jam lamanya.Pada mulanya perancangan memancing tidak dijangkakan akan berlangsung di area tuaran,akan tetapi Mr rony kita ni gian menyahut cabaran ikan2 di tuaran,so keputusan pun di buat dan perjalanan trus di atur.kami tiba di lokasi pertama iaitu jambatan sg Bolong tepat pada jam 12.00,setelah hmpir 2 jam kami berada disana,seekor ikan pun nda mau makan umpan yang kami hidangkan memandangkan air sungai pada ketika itu menjadi air "Oren" akibat hujan yang turun sebelah ptng.Kami meneruskan adventure "rabak mata" kami di jeti Impian jadi,port memang lawa,tapi sayang hanya ikan tetanda sahaja dapat di darat.rasa ketidak puasan hati daripada semua peserta Huntez destinasi terakhir dipilih iaitu Sungai berhampiran di tanah perkuburan kampung bolong..Resultnya "Umpan" habis,"ikan gelama hanya 2 ekor dapat di naikan dan tepat jam 11 kami meluaskan langkah untuk berkemas balik ke KK.

Friday, July 3, 2009

Sg.Bolong Tuaran Gegarkan Tuyan dan Huntez Angler's

Buat sekian pertama kalinya Crew Huntez bertemu dengan Tuyan angler's bertempat di sungai Bolong tuaran 2/07/2009



Pisang(Huntez) dan Bro Hardy (Tuyan)


Bro hardy ( Tuyan angler) berjaya mendaratkan gelama menggunakan teknik no 4


Rakan Bro Hardy yang berjaya menewaskan sang Gulambir


Salah seorang lagi rakan bro hardy mendapat ikan gelama


Juga turut berjaya mendaratkan ikan gelama


Din (crew huntez) juga tidak melepaskan peluang menaikan gelama


Pisang (crew Huntez) pun tidak lebih kurangnya

Align CenterStrike lagi...sampai snapshot time ikan masih bertenaga


Din senyum membuat ikatan no 4 yang baru dipelajarinya


Baby GT (Kalakitok)pun ada.....

ewah stirke lagi si din ni..memang mengasih ikatan no 4 tu

Fad ( crew Huntez) pun nda mau ketinggalan...

strike lagi?? memang makan habis gelama time tu..

Begining story pada asalnya di rancang oleh bro hardi kita daripada Tuyan fishing anglers yang ingin turun padang bersama rakan2 yang lain semalam iaitu bersamaan 2/7/09 dan saya terbaca post di blog tuyan fishing crew yang di organisasikan oleh bro hardy kita yang berasal dai beaufort ini untuk turun memancing..dan kebetulan,bro hardy adalah salah sorang yang banyak support perkembangan Blog dan Forum huntez anglers disini,melalui forum yang saya baru wujudkan baru2 ini,saya sempat mengambil no H/p bro hardy yang di tgglkan dalam forum berkenaan,saya terus sms bro hardy kita dan bertanyakan tentang acara pada malamnya.bro hardy,memberikan tindak balas segera dan memberitahu bahawa lokasi yang menjadi tempat pemburuan kali ini ialah teluk likas,jambatan yayasan dan juga sg.bolong..saya memberikan pendapat bhawa sg.bolong dijadikan spot Gegar lubuk dan bro hardy kita bersetuju.tepat jam 11 kami pun berjumpa di lokasi seperti yang di tetapkan,pada mulanya memang saya merasa kekok sedikit almaklumlah baru first time jumpa nda bro hardy,lama kelamaan situasi menjadi panas apabila ikan gelama yang bersaiz 500g-900g mula mengamuk dan membantai umpan2 yang telah dilabuhkan,seorang demi sorang berjaya menaikan spesis ikan berkenaan.fuh,memang best time tu..boleh dikatankan hampir semua nda kilar @ ampuk.expidisi kami berakhir apabila kami mendapat jemputan daripada KB anglers untuk menyertai mereka di jambatan yayasan.setelah besalaman dengan semua rakan2 dari pihak bro hardy,kami pun meninggalkan lokasi sg.bolong dengan rasa puas tepat pada jam 4.20 pagi.dan kami sempat singgah di jambatan yayasan sabah untuk menemani rakan2 anglers kita yang lain.pendek cerita jam 5.30 juga balik rumah..hehe,rabak jugalah mata katakan..


sempat lagi kami snap picture bro ni mengaitakan umpan hidup

Begitu meriah juga suasana di jambatan yayasan ni

ramai yang masih menanti gentuan ikan2 di muara sungai jambatan yayasan ni

Wednesday, July 1, 2009

Gegar Kembali Jambatan Yayasan

Guest Kita berjaya mendaratkan kerapu


Guest Kita Mr Rony strike again

Lagi Seekor,memang Ong lah budak ni

Sebelah kiri(acai) dan tata juga berjaya mendaratkan kerapu


Tata n rakannya yang sanggup turun padang besama kami walaupun hujan renyai2 ketika itu


Tata,sorang gadis kecil tetapi mempunyai semangat besar untuk belajar memancing


Fad(Crew Huntez),tenang dari kiri menunggu sentapan raja sungai (selunsong)

Pisang(Crew Huntez),mesti nda mis turun padang

Din (Crew Huntez) juga turut berada di lokasi


Inilah hasil yang diperolehi selama 4 jam memancing di jambatan yayasan,boleh dikatakan teda spesis lain..semua kerapu

assalamualaikum,Kali ini Crew Huntez mendapat pelawaan mengejut daripada seorang guest juga rakan-rakan crew huntez yang menyatakan hasrat untuk turun memancing tanpa memberikan info awal kepada saya dan rakan2 pun,kebetulan pada masa itu kami semua memang planing untuk turun memancing di area Bukit Melinsung,port baru kami terokai..tanpa banyak bicara,peralatan di masukan kedalam kereta dan bergegas menuju lokasi Guest kita cadangkan iaitu Mr Rony kita yang sudai mempelawa kami untuk memancing bersama beliau sambil berkongsi cerita dan maklumat,lokasi yang kami pilih pada permulaanya bertempat di Pelabuhan sabah Port,hanya sejam sahaja kami di sana dan terus berpidah lokasi ke jambatan yayasan memandangkan saiz udang hidup yang telah di beli oleh rakan kita "rony" agak gadang2 sedikit,dan memang niat asal kami mo repeat ikan selunsong di jambatan berkenaan,tetapi memandangkan cuaca nda menyebelahi kami,keadaan air berubah dan itu membuatkan kami agak kecewa sedikit kerana kemungkinan besar ikan target kami iaitu ikan selunsong tidak akan berada di muara air sungai yang agak kabut.namun kami teruskan juga sesi memancing,manatau kot2 ada juga menyambar,first strike daripada saya sendiri dan beroleh sekor kerapu 400g dan diikuti oleh guest kita dan seterusnya tata dan acai dan seterusnya juga saudara Fad kita,pendek cerita semua nda (ampuk) la..nice job,kerana beroleh ikan kerapu hampir 10 ekor..sekian cerita untuk sesi jambatan yayasan ke 2..